Selasa, 26 Oktober 2010

Pengantar Penulisan

Setelah beberapa minggu bersama, akhirnya pada 26 Oktober 2010 adalah tarikh penghujungnya. Semalam semua pelajar SBLM 1023 menghadapi ujian subjek Pengantar Penulisan. Semasa menjawab semua diam dan tekun menjawab soalan. Dengan harapan ingin lulus cemerlang dalam subjek ini. Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Nasrol yang sudi mengajar dan melayan karenah kami dari awal hingga habis kelas ini.Terima kasih cikgu!!

"Selamat Hari Lahir Cikgu"

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada cikgu Nasrol. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

Ulasan Karya

Tajuk: Novel"Lafazkan Kalimah Cintamu"
Karya: Siti Rosmiza

Ulasan:
Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Tengku Aqilah iaitu seorang anak yang telah disisihkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak lahir lagi. Selama 13 tahun dia hidup di perantauan sendirian tanpa diambil peduli oleh bapanya sendiri iaitu Tengku Hisham. Namun, kepulangan beliau ke tanah air untuk bersama keluarganya telah membuka tirai luka dalam hidupnya sendiri.

Tengku Natasha pula merupakan kakak kepada Tengku Aqilah. Beliau seorang pendendam. Perasaan marah serta tidak puas hati kepada adiknya tidak pernah padam sejak dari dulu lagi. Beliau adalah anak kesayangan Tengku Hisham dan segala kemahuannya akan sentiasa diturutioleh bapanya. Dengan niat untuk membalas dendam kepada adiknya, beliau telah berpura-pura baik dengan adiknya sehingga sanggup menawarkan pekerjaan kepada adiknya di syarikat bapa mereka. Tengku Aqilah hanya menerima sahaja tawaran tersebut walaupun hanya sebagai pembancuh teh(Tea Lady) di syarikat bapanya.

Pelbagai dugaan ditempuhi oleh Tengku Aqilah dalam menjalani hidupnya. Pelagai juga tohmahan serta sindiran diterima oleh bapa dan kakaknya sendiri. Sehingga Tengku Aqilah bertemu juga dengan Tengku Ryan Ameer. Beliau merupakan kekasih Tengku Natasha yang merangkap juga sepupu mereka. Jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci Tengku Aqilah juga. Setelah hari berganti hari, perasaan benci antara Tengku Ryan dan Tengku Aqilah telah berubah kepada satu perasaan iaitu perasaan cinta dan sayang. Tengku Ryan telah memutuskan hubungannya dengan Tengku Natasha kerana sikap Tengku Natasha yang suka mengarah serta tidak jujur dalam hubungan mereka. Akhirnya Tengku Aqilah serta Tengku Ryan telah diijabkabulkan bersama. Namun dalam kegembiraan tersebut pelbagai dugaan telah melanda dalam rumahtangga mereka bersama. Tengku Hisham pula sudah dapat menerima Tengku Aqilah sebagai anakanya setelah mengetahui sikap ikhlas serta jujur anaknya.

Pengakhirannya, walaupun pelbagai dugaan dihadapi oleh mereka, Tengku Aqilah sabar dan tabah menghadapi semua dugaan tersebut. Dan akhirnya beliau dikurniakan cahaya mata dan hidup dengan bahaia bersama keluarganya. Manakala Tengku Natasha juga telah menginsafi semua perbuatannya dan hidup bahagia bersama lalaki pilihannya.

Selasa, 20 Julai 2010

bahasa itu indah

Bahasa melayu bahasa ibunda kita...
sebagai rakyat malaysia kita haruslah bangga dengannya...